Posted by
gedungilmu
 | Tuesday, 10 May 2011 | 0
comments
 
Cukai pendapatan korporat dan individu mungkin dikurangkan dengan  pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Beliau bagaimanapun  berkata, kerajaan masih dalam usaha memberi pengetahuan kepada orang  ramai mengenai kelebihan GST melalui Program Pendidikan Kesedaran Awam.

"Di  kalangan rakyat, terdapat peningkatan penerimaan GST sebagai suatu yang  baik,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas  menghadiri Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya hari ini.
Semasa  ditanya mengenai kadar GST yang diterima rakyat, Najib berkata,  kerajaan akan menjalankan kajian yang sewajarnya bila tiba masanya.
Mengenai sama ada GST akan dilaksanakan tahun depan, Najib berkata: “Saya akan maklumkan kemudian.”
 - Bernama 
 
Komen Anda
0 Responses to "Cukai pendapatan mungkin dikurangkan - Najib"